Entry ibu kali ni pasal akaun tabung haji amin... Akaun tabung haji ni dibuka sebab tok n tokwan dah bising... hehe.. Akaun bank lain sume boleh buka, tabung haji x buka2 jugak untuk amin.. camne amin nak p buat ibadah haji ngan ibu n bapak nanti kan?.. hehe.. Terus ibu insaf... terus ajak bapak p buka akaun tabung haji untuk amin satu... Akaun tabung haji amin nih, kita buka kat Sungai Petani.. Baru je lagi.. Sebelum Chinese New Year hari tu... Jom kita layan gambaq2 amin kat sana...
Amin ngan bapak yang tengah tunggu nombor dipanggil... Disebabkan hari kejadian adalah hari ahad, dan cuti pada minggu itu adalah 4 hari untuk celebrate Chinese New Year, maka orang sgtlah ramai coz maybe rakyat dari Pulau Pinang pon turun mai Tabung Haji Sungai Petani untuk berurusan.. hehe...Lembaga Tabung Haji kat Sungai petani tak la besaq mana.. Ibu dah lupa last time ibu p Tabung Haji kat sini sebab selalu ibu berurusan dengan Lembaga Tabung Haji Bayan Lepas, pulau Pinang.. Ha, yang tu besaq.. Coz untuk pengetahuan amin, kalau orang utara nak p Mekah, semua berkumpul kat situ...
Amin yang boring sebab nombor amin tak panggil2 lagi.. haha.. habis notebook ibu dicontengnya... Nasib baik dalam beg ibu sentiasa ada notebook (buku kecik ye amin, bukan notebook komputer)... haha.. notebook je la amin kan.. Ipad ka laptop ka, sume takdak.. haha.. ibu ni jenis tak suka usung gadget2 ni... kalau nak main gadget, sila kawan ngan chumim n mak teh k..
Dah.. amin dah habis dah tulis kat notebook ibu... hehe.. Tapi nombor amin tak jugak panggil2... last2 bapak bawak amin kuaq makan jambu kat stall kat luaq tu.. Lagi best.. tapi ibu ditinggalkan untuk tunggu nombor kat dalam.. Ini tidak adil.. huhu..
Ni lah borang untuk buka akaun bagi kanak2... Yang bestnya nak buka akaun tabung haji ni, x payah banyak2 duit... RM 2 dah cukup.. Mana ada organisasi kewangan boleh buka akaun dengan RM2.. Terkejut ibu bila baca kat situ... Mesti dari dulu lagi macam ni kan?.. tapi ibu tak ingat dah...Bagus sungguh tabung haji ni kan amin?... Dan yang penting, untuk buka akaun kanak2 ni, mesti ada photocopy salinan surat beranak anak dan kad pengenalan penjaga... Kalau x, tak leh buka akaun.. Amin ingat na.. Nanti amin nak buka akaun kat anak amin, sila p tanya dulu dokumen yang diperlukan k... hehe..
Alhamdulillah, selepas sekian lama menunggu di dalam Lembaga tabung Haji Sungai Petani (about two hours jugakla), maka dengan rasminya amin memiliki akaun tabung haji... Lepas ni, duit amin kena simpan dalam tabung haji sama tau.. Nanti boleh ikut ibu n bapak p menunaikan ibadah haji bila sampai turn n Allah izinkan kan amin?... InsyaAllah.. Kita berdoa banyak2 k..
No comments:
Post a Comment