Blogger Backgrounds

Thursday, January 26, 2012

Trip to Doha, Qatar

Entry ibu kali ni namanya entry interprem dalam blog amin.. Coz entry ni citer pasal ibu p Doha, Qatar 5 January 2012 hari tu... Amin tak marahkan?.. Ibu sayang amin sgt2... Jom ibu citer pasal ibu p Doha hari tu... Ibu p Doha ni atas sponsor dari International union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC).. Ibu bersyukur sangat2 ke hadrat Ilahi coz ibu terpilih untuk present paper kat sana.. Yang lain semua best kecuali x boleh langsung cakap melayu sepanjang seminggu ibu kat sana.. haha.. Ibu sorang je dari Malaysia, 2 orang dari Singapore but depa orang Jepun.. kalau x bolehla broken2.. huhu.. Yang lain semua mat saleh dari seluruh dunia la.. Tergeliat la lidah ibu seminggu.. Nasib baik bila balik boleh tuned balik.. haha.. jom ibu citer pasal ibu kat sana.. Best sgt menjejakkan kaki ke negara orang nih sebenaqnya.. Sebab kita boleh tengaok budaya n persekitaran yang asing bagi kita....Tapi x leh arr lama2.. Ibu rasa seminggu ke 2 minggu ok lagi.. kalau lebih pada tu, ibu x rela..

Ni ibu dengan unta padang pasir... Masa ni ibu p Desert Safari... Comey kan unta ni amin, dia pakai face mask.. Kena selsema kot.. haha... Masa ni nampak cam panas tapi sejuk sgt.. So, semua org pakai baju sejuk lagi.. Masa ni kat doha dalam pukul 10 pagi camtu.. kalau kat Malaysia dah pukul 4 petang dah... Best arr naik unta nih... Tapi ibu tak dak gambaq la plak naik atas unta.. huhu.. Gambaq ada kat kawan ibu dari finland.. Dia kata pakai kamera dia je.. Sebab kamera dia canggih.. haha... Nanti bila ibu dapat, ibu tunjuk kat amin k...

Ni ibu bersama salah seorang scientist.. Dia ni salah seorang ahli family zeta potential tu... Nanti kalau amin dah besaq, amin ambik course chemistry, amin taula pasal zeta potential nih.. Tapi ikut suka hati amin la bila besaq nanti nak menjurus ke mana kan.. Tiada paksaan dalam dari ibu n bapak.. Amin bebas menentukan masa depan amin sendiri n ibu n bapak just akan guide amin ke direction yang betul la dengan apa yang amin minat.... Insyaallah ...

ni plak kenderaan pacuan 4 roda yang ibu n the gang naik masa merentasi desert safari tu... Sangatlah bestnya.. Macam naik roller coster je gayanya... Driver dia sgtlah professional.. Terror sesangat sampai boleh turun bukit tu sambil ambik gambaq.. Yang tu ibu takut.. Kang terlepas brake ke clutch ke, mau tergolek semua orang dalam kenderaan tuh... Tapi yang bestnya Doha nih, payah la nak jumpak kereta kecik.. Kereta depa semua ala-ala ni la... Rakyat dia sikit n hasil bumi yang banyak.. makanya, semua orang jadi kaya... Jom kita p dok sana amin.. hehe.. Takmolah ibu.. Hujan batu di negara sendiri lagi bagus ibu rasa...

Ni ibu bergambaq berlatarbelakangkan laut... Tapi yang ni nampak cam tasik je...Belakang sket dari tempat ibu bergambaq nih, ada laut yang sgt luas, saujana mata memandang....Cantik sgt laut dia.. Air laut sgt jernih... Nampak la segala benda yang ada dalam laut tu.. Yang bestnya kat tempat depa ni x jumpak sampah merata2 macam kat negara kita... Kita kena fikirkanla cara untuk ubah mentaliti rakyat negara kita untuk pastikan negara kita pon boleh bersih macam negara orang lain...

Ni plak ibu bergambaq dekat dengan khemah2 org arab.. Sebab ni musim sejuk, depa selalunya berkhemah kat padang pasir... Depa bawak segala benda dari dapoq sampai satelit tv untuk berkhemah disini... Nampak cam best je... Teringin plak nak rasa experience berkhemah kat padang pasir ni... Nanti amin besaq, amin bawak ibu mai melancong kat cni k...

Ni plak ibu n kawan ibu dari India kat bawah khemah yang disediakan untuk pengunjung desert safari ni... Kita boleh lepak2 ke, tidoq ka... Ada bantal n tilam kat sini.. hehe.. Makanan n minuman kat sini semuanya free je... Boleh makan sampai kenyang sekenyang2nya k... Memang kaya sungguh kerajaan depa nih... Kami berehat kat cni lebih kurang sejam la... Dasyatkan depa nih, x sesat pon kat desert safari nih.. X nampak pon depa pakai GPS... Maybe org yang depan sekali tu ada GPS kot.. Bila tanya, driver tu kata beerdasarkan experience dia je... Insyaallah x sesat.. Dasat2... Kagum2...

Antara gambaq2 pemandangan padang pasir kat Doha... Struktur pembinaan rumah depa macam kat mekah gak arr.. Rumah bentuk2 macam kotak... And unta di mana2... yang tepi sebelah unta tu gamabq khemah2 depa kat padang pasir...

Ni plak gambaq unta tengah berjemur, gambaq bunga padang pasir dan khemah2 or rumah sementara kat padang pasir... Yang paling penting, bunga padang pasir tu, bukan semua orang dapat tengok real sebab dia kuaq setahun sekali je kata pemandu pelancong tu n hidup dalam masa 2 minggu je..

Ni la gambaq laut, khemah n makanan free yang ibu citer kat atas tadi... Kalau malam2 ada la orang menari2 kat cni.. Memang happeningla kiranya kat cni... Sayang ibu x dapat tengok suasana tempat ni waktu malam coz depa bawak p waktu pagi sampai petang je... Kalau nak p malam, kena p sendiri la.. Lain kali la kan amin kita p....

Ni plak ibu kat depan hotel yang ibu menginap tu... Renaissance hotel... Masa ni baru pukul 5.30 petang.. Nampak cam dah malam kan amin?.. Dengan kabus tebal tu lagi... sejuk sesangat...Bilik yang ibu duduk tu, RM 1000 per night... kalau depa x sponsor, x merasala ibu dok hotel mahal camnih... haha.. Alhamdulillah... Kalau bapak n amin boleh p jugak kan best... Kalau bapak boleh p, mesti ibu bawak amin sekali...Tapi bapak exam masa ibu p Doha nih.. Masa depan lagi penting kan amin... Doha ni, bila2 pon boleh p.. Insyaallah.. amin.. hehe..

Ni plak ibu kat Souq Al Waqif... Maksud dia kedai2 kecil dan banyak... Memang banyak giler kedai2 kecik kat sini... ni kiranya tempat depa shoppingla.. Kalau kat tempat kita macam Padang Besaq tu la kot... Restaurant pon banyak kat kawasan nih... Yang ibu hairannya, ibu x jumpa jubah2 cantik macam kat mekah tu kat sini... Banyak jubah lelaki n shawl je.... Tak banyak benda yang menarik pehatian pon kat sini.... Kiranya ibu p tempat ni untuk makan je la...

Ni hari ibu buat presentation.. Pakai baju kebangsaan lagi... Alang2 dah jadi the only malaysian yang p conference nih, saja la ibu nak tunjukkan kebudayaan melayu kat depa nih.. Baru depa tau betapa cantiknya baju kebangsaan negara kita.. hehe...

Ni plak masa makan2... Kawan2 ibu ni dari China n Italy... Depa ni sgtlah ramah tamah... Setiap makanan yang sampai depa komen.. haha... Ibu pon kalau dah masuk geng, komen jugakla.. haha.. ( x suka gambaq nih coz ibu nampak cam humpty dumpty...)

Saja je ibu letak gambaq2 pemandangan Doha yang ibu sempat snap.. Boleh amin tengok..

Ni plak gambaq Katara Village.. Sini tempat untuk kita tengok depa punya culture la.. banyak senibina dan macam2 lagi yang menarik kat sini.. Ibu p jalan2 sini sejam je.. Ibu bukan minat sangat benda2 seni nih... Kalau amin nak tau apa benda yang ada kat sini, amin google je k.. hehe

Ni plak antara gambaq2 tempat shopping yang ibu sempat snap... Carrefour dalam tulisan jawi.. Nice... Banyak la kedai dalam tulisan jawi...

Ni plak gambaq pemandangan dari bilik yang ibu duduk.. Masa ni dalam pukul 4.30 petang.. Kabus sgt tebal dan nampak cam nak malam... Macam nilah condition dia sepanjang ibu duduk kat sana hari tu... Rasa cam x mau keluaq je lepas pukul 5 petang.. Tapi depa dah susun dah jadual, maka ibu kena ikut la kan...

Ni plak gambaq ibu kat airport... Ibu sampai airport pukul 5 petang, penerbangan balik pukul 8 malam... Penerbangan dari Doha ke Malaysia dalam 8 jam camtu...Lama gak arr ibu lepak kat airport..Dah la sorang2.. Boring giler... Tapi boring2 pon sempat gak la ibu shopping beberapa barang yang ibu x jumpa masa p jalan2 sebelum ni.. Tapi rasa cam mahal.. Tapi ibu ingat pesanan tok wan, kalau p negara orang, kalau rasa nak beli apa, beli ja.. (barang yg x dak kat negara kita la kan)... Sebab kita pon tak tau bila lagi kita nak leh jejak kat sana lepas nih... Betul jugak kan amin?.. Sebab tu ibu main beli je apa yg ibu berkenan kat airport tu.. huhu... Nampak sgt masa kat Doha tu ibu jalan x habis... X jumpak pon souvenir2 yang best macam kat airport dia tu.. huhu.... Itulah coretan ibu sempena pengalaman ibu p Doha untuk amin baca.. Ibu sayang amin sgt2.. ummuuuuuaaahhh

No comments:

Post a Comment