Blogger Backgrounds

Monday, May 20, 2013

Sajak... sajak....



Jom amin, kita tulis sajak plak hari ni...



Aku adalah aku


Di sebalik susunan alat radas,
Aku termangu sendirian,
Memerhati ciptaan tuhan,
Yang tiada tandingan
Bermula dari sebutir atom,
bergabung membentuk  ion,  molekul dan sebatian,
Tidak terlihat di pandangan insan,
Yang sentiasa alpa dengan kemanisan,
Hasil sebuah kemajuan,
Sehingga terlupa ketamadunan.

Aku menyusuri satu perjalanan,
Yang telah ditentukan hala tujuan,
Menyingkap ilmu yang tiada sempadan,
Di bumi bertuah milik tuhan,
Ibarat polimer yang tiada kesudahan,
Rangkaian monomer  yang berulangan,
Tidak terlintas sebuah pengakhiran.

Ingin aku menjadi semikonduktor,
Bersifat konduktor dan juga insulator,
Dengan semangat yang  tidak akan  luntur,
Berbakti dengan sepenuh jujur,
Mendidik anak bangsa sehingga masyhur
Setiap masa aku bersyukur

Dengan kemolaran semangat yang tinggi
Dan entalpi pembakaran yang sangat jitu,
Akan kuteruskan dengan  penemuan baru,
Yang entah bila akan ketemu,
Ketentuan Allah tiada siapa yang tahu,
Tetapi aku tidak akan jemu,
Menerima, memberi dan berkongsi,
Seperti elektron menstabilkan diri,
Menghamba diri pada Ilahi,
Semoga menjadi serikandi sejati.



Anis Tasnim Md Yusof

4 comments:

  1. i like....patut jd juara sajak nie...(^_^)
    saya suka dan saya setuju...dengan 'entalpi pembakaran yg sgt jitu'...!!!!

    ReplyDelete
  2. ni sajak seorang bakal Dr yang sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis ka kak anis?

    ReplyDelete
  3. Waa dashyat kak Anis...ada bakat terendam penyajak ni...hehe...cuba hantar kat mana2...kalu menang bolehlah dapat hadiah..

    ReplyDelete
  4. Haha... ni sajak saja2 ni... masa tensen...

    ReplyDelete