Blogger Backgrounds

Tuesday, May 6, 2014

Rak Cars

Entry ibu kali ni nak cerita pasal rak kayu Cars amin... Amin ni memang peminat tegar Cars la... Semua benda nak Cars... Dari baju, cadar, carpet dan lain2 lagi, semua nak yang ada character Cars... Ibu layankan aje sebab ibu pon rasa Cars ni sgt cute... Ibu sebenaqnya dari kecik dah ajaq amin bagi suka Mickey Mouse.. tapi tak jadi.. sebab bila amin masuk 3 tahun dah pandai pilih barang sendiri, semua amin nak Cars... Tapi takpelah, anak lelaki, ok la dengan Cars... hehe..

Rak kayu Cars ni ibu beli online ja... masa tu dia buat promotion... Harga dia jadi RM 165 sekali pos... Kira ok la kan amin.. Kalau tak, nak bayaq duit pos pon dah RM 20.. Sebelum ni ibu dok survey harga, semuanya RM 200 lebih x termasuk pos.. Ibu rasa macam mahal la pulak.. hehe.. Lepas tu bila ada offer macam ni teruslah ibu grab satu untuk amin... Tengok tu, amin syok ja dok belek batang kayu rak tu.. Sat na, satg bapak pasang kat amin..

Ok, bapak dah start pasang dah... Senang ja nak pasang rak ni.. Kena ada screwdriver ja... Bapak pon pasang la dengan jaya untuk anak kesayangan dia...Amin lepak ja tengok bapak pasang sambil makan mr potato...

Yeayyy... Dah siap dah bapak pasang rak ni untuk amin... Tinggai nak susun bekas dia ja kat atas rak tu... Ada sembilan bekas semuanya untuk disusun atas rak tu... Yang tu kerja amin la pulak... takkan nak suruh bapak susun kan amin?... senang saja nak susun bekas tu kan...

 Yezza... amin dah susun bekas tu kat rak tu... sambil susun sambil kira...

Ok, time for posing sebelah rak yang dah siap dipasang.. rak ni nak letak amin punya toys yang banyak2 tu la... baru la tak semak rumah.. tapi satu ja kelemahan rak ni.. rak ni takdak penutup.. biasanya toys amin ibu letak dalam box yang ada tutup tu... Ibu kena selalu vacuum la rak ni.. takpa, amin punya fasal, vacuum pon vacuum la... ok.. nanti kita cerita lagi na amin.. ibu sayang amin sgt2... ummuuuuaahhhh

No comments:

Post a Comment