Blogger Backgrounds

Sunday, January 5, 2014

inai dijari tandanya?

Entry kali ni ibu nak citer pasal anak ibu sorang ni berinai.... Alkisahnya macam ni... hari tu pak chaq n ummi balik dari mengerjakan haji.. makanya haruslah ada inai dari mekah kan.. ibu pulak bukan boleh tengok inai ni.. gatai ja tangan ibu ni.. mesti kena pakaila kan... ibu pon dok la dalam bilik sorang2 pakai inai.. amin tengah tengok tv masa tu.. tetiba amin mai... amin kata camni.. "Ibu buat apa tu?"... Ibu bagitau la ibu tengah pakai inai... pastu amin tanya amin nak pakai jugak boleh x?.. Tanpa berfikir panjang, ibu pon terus kata, boleh... mai ibu boh.. hahaha.... makanya ibu n amin pon berinaila sambil bersembang...  ibu kata amin pakai 3 jari sudah... amin kan orang lelaki... amin pon setuju...

Tu dia... comeynya kuku.. kecik saja... save inai ibu.. hehe.. ibu rasa cam nak boh lima2 jari tapi sebab ibu dah kata camtu tadi, amin kata tak bolehla boh lima, amin kan orang lelaki... huhu.. amin ni orang lelaki sgt.. kalau p toilet awam, bila amin jalan ngan ibu saja pon amin nak masuk toilet lelaki.. camne ibu nak buat?.. bapak takdak.... ibu mana boleh masuk toilet lelaki...huhu.. dah tu nangis2 kalau ibu paksa gak masuk toilet pompuan... kat masjid pon camtu.. kalau kita 2 orang ja, amin suka nak p solat belah laki gak... amin kecik lagi la....boleh aih solat belah pompuan.... jenuh la anak ibu sorang ni...

Ni la muka budak yang tengah sabaq tunggu inai kering... lepas ibu boh inai kat amin, ibu lukis la inai kat tangan ibu jugak.. ada fatwa mengatakan tak boleh lukis inai kat tangan.. tapi ada plak yang kata boleh asalkan tak keterlaluan dan tak mempunyai apa2 maksud untuk agama lain... huhu.. ibu plak memang jenis suka lukis inai kat tangan... makteh n chumim mmg taulah benda ni sebab tangan depa la yang selalu jadi mangsa untuk ibu lukis inai... tapi ibu tengok isteri ustaz Don lukis gak sikit inai kat tangan masa depa kawen.... maksudnya bolehla kan asalkan x keterlaluan...

Inilah hasil lukisan ibu.. sket ja ibu lukis... tetiba amin suruh lukis kereta plak kat tangan amin.. hehe.. ibu pon lukis la... nampak tak tangan amin ada kereta?... lepas tu kita lepak2 la atas katil sambil tunggu inai kering... ibu takjub gak ngan amin boleh dok diam sampai inai kering... dalam setengah jam gakla baru ibu bagi amin basuh tangan... haha... sabaq sungguh anak ibu ni... bila tengok gambaq ni, ibu tertanya2... awat amin putih pada ibu? Ini tidak adil.. teknik pencahayaan kot...hahha.. ibu masih tak percaya walaupon hakikatnya amin memang cerah banyak dari ibu n bapak... haha

Lepas setengah jam dok bergolek atas katil sambil mengangkat tangan ke atas takut inai lekat kat cadar, inilah hasilnya... kereta kodok.. haha.. sebenaqnya amin suruh ibu lukis lightning mcqueen.. tapi jadi kete kodok plak.. bolehla amin no.. asal nampak macam kereta sudah... tapi, lepas bapak balik keja malam tu, bapak punya beristighfarla tengok amin pakai inai... ibu dengan muka blur terus tanya.. pasaipa?.. orang laki x leh pakai inai ka?.. bapak kata mana boleh.. huhu...... ibu mana tau... bapak pon ceritala pasaipa x boleh..... tapi sebab ibu taktau takpa la kan.. ibu tengok ramai ja lelaki pakai inai masa kawen... tapi 3 jari.. pastu ibu ingat, patutla bapak takmo pakai inai masa kawen dulu... tapi tak habaq reason... manala ibu nak tau... pastu terus bapak buka video UAI... yang ustaz dalam Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang tu.. hehe... owh.. lelaki x boleh pakai inai rupanya... orang lelaki tak boleh pakai inai sebab ia adalah perhiasan wanita dan terdapat hadis sahih di mana Allah melaknat lelaki yg memakai perhiasan wanita UAI kata....baru ibu tau... amin pon bila bapak kata camtu dok kalut nak bagi hilang inai kat kuku dia... ibu tengok amin asyik gosok tangan amin ja.. bila bapak kata camni.. "Takpa, nnt dia hilang sendiri... tapi lepas ni amin jangan pakai dah na"... baru amin ok.. bila ibu ajak pakai inai lagi, terus amin kata camni.."orang lelaki mana boleh pakai inai ibu".... hahaha.... ibu mintak maaf sayang.. ibu tatau... oklah... ibu sayang amin sgt2.... ummuuuuaaahhhh

No comments:

Post a Comment