Blogger Backgrounds
CafeMom Tickers

Monday, May 5, 2014

Rumah P. Ramlee

Entry ibu kali ni nak cerita pasal kita p melawat Rumah P. Ramlee masa cuti Hari Buruh (1/5/2014)baru ni... Rumah P. Ramlee ni merupakan rumah kelahiran seniman lagenda negara, Tan Sri P. Ramlee.. Saja ja ibu n bapak bawak amin jalan2 penang walaupun setiap hari ibu pi penang belah pulau... Jom kita layan gambaq2 kita kat sana..

 
Amin n bapak posing kat depan batu tanda rumah P. Ramlee.. tu lah alamat rumah ni.. Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang... Ibu pun baru 3 kali sampai sini walaupon dok Penang lama dah..

Amin n bapak posing kat depan rumah P. Ramlee... Nanti bila amin besaq, amin tengok kat sini, amin tau dah la yang amin pernah pi Rumah P. Ramlee...

Ibu n bapak pulak posing bawah rumah P. Ramlee... Tq amin sebab tangkap gambaq ibu n bapak ni... Asyik gambaq amin n bapak ja.. ibu pon nak interframe gak.. hehe...Rumah P. Ramlee ni macam rumah orang dulu2 la.. Bawah dia kosong ja.. boleh lepak petang2.. Zaman la ni tak dah rumah macam ni... Kalau ada pon depa dok preserve rumah lama ja...

Amin kat beranda rumah P. Ramlee... Memang menggamit memori betulla bila ibu tengok beranda ni...Teringat kat rumah toknek kat Kubang Semang.. Tapi la ni dah takdak la beranda semua ni.. Dah bertukar rupa dah rumah toknek pon.. Amin memang tak dan tengok la...

Ni amin kat tangga sebelum nak masuk dalam rumah P. Ramlee... Kat dalam tu ada gambaq2 P. Ramlee n mak n bapa dia... Banyak gambaq P. Ramlee masa sekolah.. Sayu ja ibu tengok...Semoga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang beriman.. Sedekah Al-Fatihah na amin....

Ni la pintu masuk rumah P. Ramlee.... nampak x kat dalam tu ada banyak gambaq2... Gambaq2 tu la yang ibu cerita kat atas tadi.. tapi semua gambaq hitam putih... Simple ja rumah P. Ramlee ni.. Ada 1 bilik n dapur n ruang tamu... Tapi cantik...

Kat bawah rumah ada perahu n basikal... Semua benda ni merupakan benda2 kesayangan P. Ramlee masa dia dok kat sini dengan mak n bapa dia...

Ni la basikal kesayangan P. Ramlee... Dia guna p sekolah n p melewaq area rumah dia... Basikal tua la... Zaman dulu kira hebatla basikal ni...

Amin n bapak kat atas pangkin bawah rumah... Ni tempat depa lepak petang2 la kot.. Biasanya orang dulu2 ada pangkin kat bawah rumah.. Petang2 sembang dengan jiran2... orang la ni bukan takat pangkin, jiran sebelah kenal ka dak pon taktau.. haha... semua sibuk mencari nafkah.. balik malam n terus tidoq.. taktaula zaman amin nnt macam mana.. ibu doakan amin dapat menempuh kehidupan dengan baik.. amin.. Yang tu ja la ibu nak cerita sempena kita melawat rumah P. Ramlee hari tu... Ibu sayang amin sgt2.... ummmuuuaaahhhh

No comments:

Post a Comment